Setiap hari pak Umedi mengirimkan INSPIRASI PAGI : Kamis, 22 Mei 2025. Dalam kisah Omjay kali ini, Omjay akan membagikan Pesan Penting Bapak Umedi Yang Hampir Terlupakan di WhatsApp. Semoga bermanfaat buat pembaca kompasiana tercinta.
Ada 7 bahagian tubuh manusia yang disukai jin. Berhati-hatilah semua!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada 7 bahagian tubuh manusia yang menjadi tempat tinggal kesukaan jin. Oleh itu kita dianjurkan untuk membersihkannya:
1. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Mulut
Bahagian tubuh pertama yang menjadi tempat kesukaan jin adalah pada lubang mulut manusia. Jin akan berusaha untuk masuk ke dalam lubang mulut manusia ketika sedang menguap. Oleh itu kita dianjurkan untuk menutup mulut semasa menguap. Diriwayatkan dari Abu Said bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)" (HR. Muslim)
2. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Kuku
Kita perlu memastikan kuku kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan pendek dengan memotong kuku kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui kuku-kuku yang panjang. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, "Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang." (HR. Ahmad)
3. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Hidung
Ketika manusia tidur, jin juga turut sama menyelinap masuk ke dalam hidung manusia. Oleh sebab itulah selepas bangun tidur, kita digalakkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istinsyaq) tiga kali, kerana syaitan itu menyelinap di batang hidungnya." (H.R. Muslim).
4. Jin Berada Pada Tubuh Manusia di Lubang Telinga