Bukan hanya bersembunyi di dalam telinga manusia, malah ketika seorang manusia tidur sehingga pagi tanpa mengerjakan solat malam maka bererti telinganya itu telah dikencing oleh jin. Diceritakan dari Abdullah, bahawa disebutkan di sisi Nabi ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu beliau bersabda, "Syaitan telah kencing di telinganya." (H.R. Muslim).
5. Jin Berada Pada Lubang Urat Darah
Telah diceritakan di atas bahawa jin atau syaitan menyusup masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia tersebut. Dari aliran darah itulah jin berusaha memperdaya manusia. Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya." (H.R. Muslim)
6. Jin Berada Pada Lubang Pusat Manusia
Lubang pusat manusia merupakan tempat yang kotor kerana terdapat banyak manusia yang lupa untuk membersihkannya. Jin dan syaitan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor termasuklah lubang pusat yang tidak dicuci.
7. Jin Berada Pada Lubang Kemaluan Manusia
Lubang kemaluan manusia menjadi tempat kesukaan jin. Di situlah syaitan dan jin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang berzina dengan cara merangsang saraf-saraf pada bahagian kemaluan. Oleh sebab itulah kita dianjurkan untuk sentiasa menjaga bagian pribadi, baik laki-laki atau perempuan
Peliharalah lubang-lubang pada tubuh anda agar tidak dijadikan sebagai tempat tinggal jin dengan cara menjaga kebersihannya dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW iaitu dengan cara mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.
Ia juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan bahaya sihir yang merosakkan hati dan akidah manusia yang sentiasa mencari ruang dan peluang dalam kisah berdendam.
Selain dapat menghalang jin daripada bersembunyi atau tinggal pada bahagian tubuh, ia juga dapat menjadikan tubuh badan kita lebih bersih dan sihat. TETAP SEMANGAT TAQWA
INSPIRASI PAGI : Jum'at, 23 Mei 2025