Kepentingan sastera arkaik juga terletak pada fungsinya sebagai jambatan antara bahasa lama dengan bahasa kini. Dengan menghayatinya, kita bukan sahaja menjaga warisan bahasa, tetapi juga memupuk penghargaan terhadap keindahan kata yang berlapis-lapis. Inilah yang membezakan bangsa beradab daripada bangsa yang hanya mengejar keuntungan material. Sastera arkaik membentuk jiwa kerana di dalamnya terkandung renungan tentang hidup, mati, kuasa, cinta dan takdir.
Namun jika sastera arkaik dipinggirkan. Maka, hilanglah sebahagian daripada diri bangsa. Hilang suara nenek moyang yang menitipkan nasihat melalui hikayat dan pantun. Hilang cermin yang menunjukkan wajah bangsa dalam segala suka duka, justeru penghayatan sastera arkaik bukanlah pilihan kecil tetapi kewajiban budaya. Perkara tersebut mengingatkan kita bahawa kemajuan tiada ertinya jika tidak berakar kepada budi kerana makna tersirat dalam karya lama adalah bekalan untuk masa hadapan.
Maka penutup bicara ini, nyatalah bahawa sastera arkaik adalah pusaka yang wajib digali dengan tekun. Tidak wajar dilihat sebagai catatan silam semata, tetapi sebagai sumber makna yang hidup. Makna tersurat memberi cerita, makna tersirat memberi hikmah. Dari Sangkuariang hingga Sulalatus Salatin, dari pantun hingga gurindam, semuanya adalah pelita yang menerangi jalan bangsa. Barang siapa mengabaikan sastera arkaik. Maka, hilanglah bukan sahaja karya, tetapi juga hilanglah makna diri.
Follow Instagram @kompasianacom juga Tiktok @kompasiana biar nggak ketinggalan event seru komunitas dan tips dapat cuan dari Kompasiana. Baca juga cerita inspiratif langsung dari smartphone kamu dengan bergabung di WhatsApp Channel Kompasiana di SINI