Mohon tunggu...
Nady.M
Nady.M Mohon Tunggu... Pelajar

Ayuh kita bersama-sama membangunkan Intelektualisme bangsa ini!

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

KOLUM | Sastera Arkaik: Menghayati Makna Tersirat

7 September 2025   20:14 Diperbarui: 8 September 2025   23:23 46
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Gambar hiasan. (Sumber: Kompasiana.com)

Bahawasanya sastera arkaik adalah khazanah yang tiada ternilai, datang daripada zaman silam, mengandungi bukan sahaja kisah dan cerita tetapi juga hikmah yang mendalam. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), sastera arkaik merujuk kepada karya yang ditulis dalam bahasa lama, yang sering menggunakan bentuk dan gaya berbeza daripada bahasa Melayu moden. Manakala, Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh pula mengangkat sastera arkaik sebagai sumber kearifan bangsa lantaran di dalamnya terkandung tunjuk ajar yang melampaui hiburan semata. Maka, memahami sastera arkaik bukan sekadar usaha akademik, tetapi juga ikhtiar untuk mengenal jiwa bangsa kerana di dalamnya ada makna yang tersurat lagi tersirat.

Konsep makna tersurat dan tersirat menjadi kunci untuk menyingkap isi karya. Makna tersurat merupakan isu yang tampak di permukaan, jelas terbaca serta mudah difahami, umpama hikayat yang menceritakan raja, peperangan atau mitos rakyat. Makna tersirat pula memerlukan mata hati yang halus kerana tidak disampaikan secara langsung. Perkara tersebut ibarat mutiara di dasar lautan, menuntut penyelaman yang mendalam untuk ditemukan. Tanpa kemampuan menafsir yang tersirat, sastera arkaik akan kelihatan hambar, seolah-olah tiada lain selain kisah dongeng atau catatan sejarah usang, justeru di situlah letak nilainya.

Ambil sahaja kisah Sangkuariang dari tanah Jawa. Sastera Jawa ini cukup kontrovesi dengan alur ceritanya yang luar biasa. Pada pandangan tersurat, cerita rakyat ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang jatuh cinta kepada ibunya kerana tidak mengenali asal-usul. Namun, makna tersiratnya ialah teguran tentang pentingnya pengetahuan asal diri dan silsilah. Hal ini juga melambangkan kelalaian insan yang terperangkap dalam nafsu tanpa bimbingan akal dan adab. Gunung Tangkuban Perahu yang menjadi simbol kisah itu pula, jika ditafsirkan, mengajarkan bahawa setiap tindakan manusia meninggalkan kesan kepada alam dan masyarakat, tiada lenyap begitu sahaja. Maka, cerita Sangkuariang tidak boleh dibaca hanya sebagai dongeng, tetapi sebagai amaran yang abadi.

Demikian halnya dengan Sulalatus Salatin, karya agung Melayu yang masyhur sebagai Sejarah Melayu. Jika dibaca tersurat, karya tersebut hanya kelihatan sebagai catatan kebesaran raja, perihal keajaiban, peperangan dan kisah istana. Namun, di baliknya tersimpan makna tersirat yang mengajarkan nilai kepimpinan, legitimasi kuasa bahkan hubungan manusia dengan takdir Ilahi. Peristiwa Sang Sapurba turun dari Bukit Siguntang tidaklah semata-mata mitos, tetapi lambang asal usul keturunan raja yang dikaitkan dengan langit, melambangkan kesakralan kuasa. Hikayat Hang Tuah pula, meskipun tampak sebagai kisah kesetiaan hulubalang, membawa makna tersirat tentang dilema moral, tentang pertentangan antara ketaatan kepada raja dengan keadilan sejagat. Pertemuan Hang Tuah dengan Hang Jebat adalah dialog abadi tentang kuasa, keadilan dan persahabatan.

Sastera arkaik hadir sarat dengan lapisan makna. Dalam hikayat, pantun lama mahupun gurindam, mempunyai maksud yang tidak dituturkan secara terus. Pantun yang berbunyi:

Pucuk pauh delima batu,

anam sembilang di tapak tangan,

walau jauh beribu batu,

hilang di mata di hati jangan.


Tersuratnya pantun itu adalah kerinduan terhadap yang jauh. Tersiratnya pula adalah ajaran tentang kesetiaan, tentang nilai hubungan yang tidak luntur oleh jarak. Pantun, walau ringkas, mengandungi falsafah mendalam. Memanifestasikan bahasa Melayu lama sarat dengan makna yang halus serta tajam.

Kesan daripada menghayati makna tersirat dalam sastera arkaik amat besar untuk atma bangsa. Pertama, melatih kepekaan akal budi kerana pembaca diajar membaca apa yang tidak ditulis, menghubungkan generasi kini dengan tradisi kerana memahami karya lama bermakna menyambung warisan nenek moyang, dan menanam kesedaran moral kerana makna tersirat kerap menyentuh soal nilai, adab dan keadilan. Tanpa kepekaan terhadap yang tersirat, manusia akan menjadi dangkal, hanya memandang permukaan tanpa memahami kedalaman.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun