Mohon tunggu...
Nady.M
Nady.M Mohon Tunggu... Pelajar

Ayuh kita bersama-sama membangunkan Intelektualisme bangsa ini!

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

KOLUM | Demokrasi Islam: Solusi Alternatif

15 Oktober 2025   20:59 Diperbarui: 15 Oktober 2025   20:59 21
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Gambar hiasan. (Sumber: Kompasiana.com)

Dunia moden sering terperangkap dalam paradoks yang diciptakannya sendiri. Demokrasi yang diangkat sebagai lambang kebebasan dan keadilan manusia, kini mula disangsikan. Jika sebelum ini saya telah mencerakinkan dakwaan Lenin bahawa demokrasi hanyalah ilusi yang dicipta oleh elit untuk mengekalkan kekuasaan dalam wajah yang nampak sopan dan rakyatilah. Menurutnya lagi, sistem ini menjadikan rakyat sebagai penonton dalam pentas kuasa yang ditentukan oleh kepentingan jaringan oligarki. Namun di tengah kelesuan idealisme politik Barat ini, Islam menawarkan satu bentuk pemikiran alternatif yang disebut sebagai demokrasi Islam, suatu konsep yang tidak hanya menekankan hak suara rakyat tetapi juga menegakkan nilai moral, tanggungjawab sosial dan keadilan Ilahi sebagai asas pemerintahan.

Demokrasi Islam bukan tiruan demokrasi liberal, tetapi sebuah kerangka moral yang menyerap unsur syura, amanah dan keadilan. Hal ini jelas menolak idea kebebasan tanpa batas yang melahirkan kekacauan nilai dan menggantinya dengan kebebasan yang berteraskan tanggungjawab terhadap Tuhan. Dalam konteks ini, demokrasi Islam tidak melihat manusia sebagai pusat kedaulatan mutlak tetapi sebagai khalifah yang memikul amanah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat.  Penulis mengingatkan bahawa politik adalah sebahagian daripada ibadah sosial, hubbul watan minal iman.

Pandangan tokoh-tokoh intelektualis Islam mengenai demokrasi Islam memberi gambaran yang mendalam tentang keunikan konsep ini. Gus Dur atau Almarhum Abdurrahman Wahid, pemikir dan bekas Presiden Indonesia, menegaskan bahawa demokrasi tidak boleh dipisahkan daripada nilai kemanusiaan Islam. Baginya, Islam menolak penindasan dalam apa jua bentuk. Oleh itu demokrasi adalah sebahagian daripada semangat keislaman itu sendiri. Demokrasi Islam menurut Gus Dur adalah demokrasi yang berpaksikan tasamuh (toleransi) dan musyawarah (perundingan) yang menjadi asas pembentukan masyarakat madani. Satu sistem sosial yang menghormati kepelbagaian dan hak asasi sebagai anugerah Tuhan.

Almarhum Syed Hussein Alatas pula melihat demokrasi Islam dari sudut moral dan akal budi. Dalam tulisannya, beliau sering mengkritik kejumudan umat Islam yang menolak demokrasi atas nama agama tetapi dalam masa sama tunduk kepada kezaliman politik. Bagi Alatas, demokrasi Islam harus difahami sebagai proses pembebasan akal daripada kejahilan dan ketundukan moral terhadap kuasa, bukannya sistem politik semata-mata tetapi suatu usaha untuk membina manusia yang mampu berfikir dan menegakkan keadilan berdasarkan ilmu dan akhlak. Beliau menegaskan bahawa demokrasi yang tiada asas moral hanyalah topeng kepada kerakusan, manakala demokrasi Islam ialah penyatuan antara akal dan nilai.

Seorang lagi sarjana Islam kontemporari, Rachid Ghannouchi dari Tunisia, menekankan bahawa demokrasi Islam adalah kesinambungan prinsip syura yang diamalkan Rasulullah dan para sahabat. Menurut beliau, syura bukan ritual politik tetapi mekanisme moral untuk memastikan keadilan sosial. Demokrasi Barat menegakkan kedaulatan rakyat, tetapi demokrasi Islam menegakkan kedaulatan Allah melalui peranan rakyat sebagai pelaksana keadilan. Lihat perbezaannya sana? Ghannouchi berhujah bahawa apabila umat Islam menegakkan sistem politik yang menghormati kehendak rakyat dalam batas syariah, mereka sebenarnya mempraktikkan bentuk demokrasi yang lebih tulen daripada demokrasi sekular yang sering dimanipulasi oleh kepentingan ekonomi.

Perbezaan demokrasi Islam jelas jika dibandingkan dengan sistem liberal yang diasaskan oleh falsafah individualisme. Demokrasi Islam berteraskan nilai tauhid, keadilan, musyawarah, kebebasan bersuara yang beretika dan tanggungjawab sosial. Dalam sistem ini, kebebasan bukan untuk menentang Tuhan tetapi untuk mencari kebenaran. Pemimpin dilantik melalui kepercayaan rakyat dan wajib bertanggungjawab di hadapan hukum dan masyarakat. Tidak ada kekebalan moral dalam demokrasi Islam kerana setiap manusia terikat dengan prinsip keadilan Ilahi. Secara umumnya, demokrasi Islam juga menolak politik wang, penipuan dan penindasan media kerana semua itu merosakkan nilai amanah yang menjadi tunjang sistemnya.

Cara demokrasi Islam berfungsi dapat dilihat melalui praktik syura dalam sejarah Islam. Rasulullah sendiri sering bermusyawarah dengan para sahabat dalam hal strategi perang, urusan ekonomi dan dasar pemerintahan. Syura merupakan manifestasi bahawa kuasa politik bukan milik individu tetapi hasil perbincangan kolektif yang berpaksikan hikmah. Dalam konteks moden, mekanisme syura ini diterjemahkan dalam bentuk parlimen, pilihan raya dan majlis perundingan, tetapi dengan batas moral yang menolak rasuah dan manipulasi kuasa. Demokrasi Islam tidak menolak kemodenan tetapi menyusun semula asasnya agar selari dengan nilai ketuhanan dan kesejahteraan manusia.

Demokrasi Islam boleh menjadi alternatif kepada demokrasi sedia ada kerana dapat memperbetulkan kelemahan sistem Barat yang kehilangan jiwa. Dalam demokrasi liberal, suara majoriti sering menjadi alat penindasan terhadap minoriti, manakala dalam demokrasi Islam, suara rakyat dipandu oleh prinsip keadilan yang tidak boleh dipinda oleh kehendak manusia. Demokrasi Islam juga menolak konsep relativisme moral yang menyebabkan manusia menafsirkan kebebasan mengikut hawa nafsu. Sebaliknya, menggariskan bahawa kebebasan mesti tunduk kepada nilai kebenaran yang objektif, iaitu hukum Tuhan. Dalam dunia yang semakin kehilangan makna moral, demokrasi Islam menawarkan keseimbangan antara akal dan wahyu antara hak individu dan kepentingan sosial.

Kajian oleh Pew Research Center pada tahun 2022 menunjukkan bahawa lebih 70 peratus umat Islam di Asia Tenggara menyokong sistem politik yang menggabungkan demokrasi dengan nilai Islam. Di Malaysia dan Indonesia sendiri, konsep demokrasi Islam semakin diterima sebagai bentuk peralihan daripada demokrasi liberal yang gagal menyelesaikan masalah rasuah dan ketidaksamaan sosial. Di Tunisia, kejayaan parti Ennahda dalam membina sistem politik pasca revolusi membuktikan bahawa demokrasi Islam bukan utopia tetapi realiti yang boleh dilaksanakan dengan damai. Kajian akademik oleh John L. Esposito dan John O. Voll dalam Islam and Democracy juga menunjukkan bahawa tiada percanggahan asas antara Islam dan demokrasi, malahan nilai-nilai Islam boleh memperkukuh kebertanggungjawaban politik dan etika pemerintahan.

Kebangkitan demokrasi Islam ini bukan semata-mata reaksi terhadap kegagalan Barat tetapi juga manifestasi kebangkitan moral dunia Islam sendiri. Dalam demokrasi Islam, rakyat tidak hanya dituntut untuk memilih pemimpin tetapi juga memperjuangkan keadilan sosial. Konsep amar makruf nahi mungkar menjadi asas kepada semangat politik rakyat yang aktif dan beretika. Maka ini menandakan bahawa demokrasi Islam bukan sekadar sistem politik tetapi gerakan pembinaan masyarakat berjiwa moral dan menolak kekosongan spiritual yang menjadi penyakit utama demokrasi moden dan menggantikannya dengan kesedaran bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun