Mohon tunggu...
Nur Tjahjadi
Nur Tjahjadi Mohon Tunggu... profesional -

Bebas Berekspresi, Kebebasan Akademik, Bebas yang bertanggung jawab...

Selanjutnya

Tutup

Sosbud Artikel Utama

Persiapan Menjelang Tahun 2020, Menuju Malaysia Negara Maju

17 Oktober 2010   10:48 Diperbarui: 26 Juni 2015   12:22 1663
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

[caption id="attachment_292808" align="aligncenter" width="468" caption="Menara Kembar Petronas/Ilustrasi Admin (thepetronastowers.com)"][/caption] Tahun 2020 sudah dicanangkan oleh Malaysia untuk menjadi salah satu negara yang maju di dunia.  Perdana Menteri dan Wakil Perdana Menteri yang juga sebagai Menteri Pendidikan dan Pengajaran Malaysia menegaskan lagi, kuncinya adalah memajukan pendidikan.  Kalau pendidikannya maju, maka masyarakatnya juga akan maju dan ini akan banyak menyumbang pendapatan Kerajaan Malaysia, demikian Berita Harian Malaysia melaporkan hari ini. Pendidkan yang maju, berarti rakyat akan menjadi warga yang kreatif, penuh inovasi, menguasai bahasa asing dan juga mempunyai moral dan ahlak yang mulia.  Untuk menjadikan rakyat Malaysia seperti itu maka anggaran pendidikan Malaysia terus meningkat dari 20 persen mendekati angka 30 persen dari total anggaran nasionalnya.  Perdana Menterinya sendiri menyatakan hal ini kemarin di koran Utusan Malaysia. UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang merupakan institusi pencetak guru terbesar  di Malaysia telah pun bersiap dengan persiapan menjelang 2020 itu.  Hingga saat ini, sudah 28,000 lebih guru telah dicetak oleh UPSI untuk disebarkan ke seluruh pelosok Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di Utusan, untuk mewujudkan itu masyarakat harus menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa adalah antara fokus baru yang akan diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Perdana Menteri berkata, bahasa kebangsaan adalah salah satu yang wajib dikuasai oleh pelajar dan mereka harus dapat bertutur dan menulis dalam bahasa itu dengan baik. "Bahasa kebangsaan ini merupakan jati diri kita yang harus terus diperjuangkan dan saya juga mau pelajar fasih dan mahir dalam bahasa Inggeris. "Kalau boleh kita juga hendak melahirkan masyarakat yang menguasai tiga bahasa. Ini karena menguasai pelbagai bahasa akan menambahkan daya saing kita dalam dunia yang semakin global ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri yang dihadiri 14,000 guru dari seluruh negara di Stadium Putra, Bukit Jalil. Turut hadir pada majlis yang pertama kali diadakan itu ialah Wakilnya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama kedua-dua Wakil Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ketua Sekretaris kementerian, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang serta Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom. Tenaga kerja guru yang berjumlah 400,000 orang di seluruh negara adalah bilangan terbesar daripada keseluruhan 1.2 juta pegawai kerajaan. Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan turut mempunyai tiga fokus lain yang akan diterapkan dalam sistem pendidikan negara, termasuk membangunkan generasi muda yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif serta mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. "Fokus lain adalah bagi mengukuhkan bidang sains, matematik dan teknologi serta memberikan penekanan kepada pendidikan Islam dan moral bagi melahirkan generasi muda berakhlak mulia," ujarnya. Sementara itu, Najib memberitahu, kehadiran beliau ke perhimpunan itu walaupun hanya selepas sehari membentangkan Bajet (anggaran) 2011 karena menyadari guru berperanan besar dalam memastikan Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi pada 2020. Senada dengan PM, wakil PM menyatakan juga bahwa untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik menyediakan dan menyampaikan pendidikan berkualitas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Wakil Perdana Menteri berkata, pembentukan insan secara holistik hanya dapat dicapai melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang akan menghasilkan modal insan berilmu, kreatif, inovatif, berketrampilan serta berupaya memacu ekonomi berasaskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara. Sehubungan itu, katanya, guru perlu melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan sempurna peribadi. “Tanpa sokongan guru, saya yakin hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang holistik tidak akan tercapai,” Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru sebagai agen pelaksana dan agen perubahan perlu memainkan peranan pada semua peringkat demi mencapai dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa sesuai dengan semangat 1Malaysia. Katanya, kerajaan sadar setiap usaha yang hendak dilaksanakan menghadapi cabaran dan halangan, dengan cabaran utama dihadapi pendidik ialah untuk melahirkan warga negara berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat global selain meningkatkan nilai akhlak mulia dan penyayang. Oleh itu, kata beliau, sewajarnya ‘penilaian kritikal’ terhadap proses pendidikan yang sedang berjalan dilaksanakan supaya sebarang penyesuaian selaras dengan keutamaan serta keperluan masyarakat dan global yang sentiasa berubah. “Justeru, guru perlu mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi, kekuatan minda (pikiran) yang profesional, ketangkasan daya fikir dan daya cipta serta kemantapan idealisme yang harus dibangunkan untuk melahirkan lingkungan pendidikan yang cemerlang berlandaskan kepada nilai dan etos ‘learning society’,” katanya

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun