[caption id="attachment_223459" align="alignleft" width="640" caption="Lincoln Memorial di tepi Potomac River (Foto: BM)"][/caption] Kota Washington DC sering dikunjungi kerana punya banyak tarikan. Kota ini dibangunkan dengan berbagai monumen dan memorial untuk dinikmati oleh para pengunjung. Jika dibandingkan dengan kota-kota Eropa, Washington DC memiliki kelainan dari segi arkitektur dan bentuk setiap memorial dan monumen yang dibangunkan. Rekabentuknya lebih minimalis dan praktikal. Monumen di Eropa lebih berseni dan memiliki nilai filosofi dengan dipengaruhi arsitektur seperti gaya Baroque dan Gothic. Berkunjung di dua benua berbeda memberikan saya pengalaman yang menarik dalam menilai estetika sebuah negara bangsa. Washington DC memang kaya dengan monumen dan memorial. Selain Korean War Veteran Memorial, Lincoln Memorial adalah satu lagi tempat yang harus dikunjungi. Di sini didirikan 36 buah column dan didalamnya ditempatkan patung Abraham Lincoln yang sedang duduk diatas mamar setinggi 13 kaki tinggi. Ia dibangunkan pada tahun 1922 dan sering menjadi tempat unjuk rasa. Antara peristiwa bersejarah disini ialah ucapan Martin Luther King Jr yang terkenal berjudul 'I have a dreams'. pada tahun 1963. Ucapan beliau sering dijadikan sebagai pembakar semangat kepada perjuangan hak-hak rakyat kulit hitam di Amerika. Martin Luther sering menganjurkan 'non riot movement' iaitu unjuk rasa aman. Tetapi ketika ucapan beliau di Lincoln Memorial yang disertai lebih 200 ribu orang, pihak polis telah menggunakan kekerasan kepada orang ramai. Dalam kurun yang sama ada seorang lagi pejuang kulit hitam yang juga popular dengan ucapan-ucapan yang menarik iaitu Malcolm X atau nama muslimnya Haji Abdul Malik Shabazz. Danzel Washington pernah melakonkan watak Malclm X dalam filem terbitan tahun 1990-an yang juga menggunakan judul Malcolm X. Kedua-dua pejuang kulit hitam ini mati dibunuh akibat ditembak. Dari Lincoln Memorial, saya berjalan menuju ke sebuah lagi memorial yang menarik iaitu National World War Memorial. Ia terletak berhadapan dengan Lincoln Memorial. Memorial ini memiliki 56 tiang yang mengelilingi sebuah air mancur ditengah-tengah. Memorial ini didirikan pada tahun 2004 sebagai usaha mengenang jasa pejuang-pejuang Amerika dalam Perang Dunia Kedua. Masuk ke memorial ini adalah gratis dan saya mengambil masa melihat keindahan memorial perang ini sambil merakam beberapa keping foto. [caption id="attachment_223461" align="alignleft" width="640" caption="Washington Monuments sempena mengenang jasa Presiden Amerika Pertama (Foto: BM)"]