[caption id="attachment_107063" align="aligncenter" width="640" caption="Big Ben.. Mercu tanda kota London (Foto: BM)"][/caption] Ramai orang menganggap Inggris (England), Great Britain dan United Kingdom adalah sama. Ada yang berkata 'saya mau ke Inggeris' tetapi sebenarnya mereka ke Edinburgh di Scotland. Apakah penggunaan Inggris itu betul? Inggeris hanya salah satu bahagian yang membentuk United Kingdom selain Scotland, Ireland Utara dan Wales. Inggris hanya merujuk kepada salah satu bahagian daripada United Kingdom iaitu England. Sama seperti kita berkata 'saya mau ke Jawa' di mana Jawa adalah sebahagian dari Indonesia. Adalah lebih baik jika disebut 'saya mau ke Indonesia' yang mana Indonesia adalah nama negara. Perkataan 'Inggris' berasal dari perkataan 'English' iaitu merujuk kepada orang England. Manakala 'English language' ialah 'bahasa Inggris' iaitu bahasa penduduk England. Di United Kingdom, selain English terdapat juga bahasa lain seperti Welsh (Wales), Scottish (Scotland) dan Irish (Ireland Utara). Jadi adalah salah bila kita menggunakan perkataan 'Inggris' bagi merujuk United Kingdom. Sekarang kita lihat perbedaan ketiga-tiga istilah ini. 1. England (Inggris) - salah satu bahagian yang membentuk United Kingdom selain Scotland, Wales dan Ireland Utara. 2. Great Britain - merujuk kepada negeri-negeri di Pulau Britain iaitu England, Wales dan Scotland. Ireland Utara bukan didalam Great Britain tetapi ia termasuk dalam pulau Ireland. Pulau Ireland terbahagi kepada dua iaitu Ireland Utara yang menjadi sebahagian United Kingdom dan Republic Ireland. 3. United Kingdom - ialah gabungan England, Scotland, Wales (di Pulau Britain) dan Ireland Utara (di Pulau Ireland). Jadi nama sebenar bagi wilayah ini ialah 'The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland'. Namanya disingkatkan kepada United Kingdom atau UK. Jadi, penggunaan perkataan Inggris adalah tidak tepat kerana ia hanya merujuk kepada England. Saya boleh berkata saya tinggal di Inggris kerana rumah saya di London iaitu bandaraya terbesar yang terletak di England. Tetapi jika saya tinggal di Cardiff , Edinburgh atau Glasgow, saya tidak boleh berkata saya tinggal di Inggris. Lebih tepat ialah saya tinggal di United Kingdom. [caption id="attachment_107065" align="aligncenter" width="640" caption="Ini ialah Tower Bridge bukannya London Bridge (Foto: BM)"][/caption] [caption id="attachment_107066" align="aligncenter" width="640" caption="Sebuah Arcade di Cardiff, WALES (Foto: BM)"][/caption] [caption id="attachment_107067" align="aligncenter" width="640" caption="Belfast City Council di Belfast, Ireland Utara (Foto: BM)"][/caption] [caption id="attachment_107069" align="aligncenter" width="640" caption="Edinburgh, ibukota Scotland (Foto: BM)"][/caption] Mungkin ada yang berpandangan kenapa ada English Premier League dan bukannya UK Premier League? Memang tiada UK Premier League tetapi setiap wilayah di UK ada liga bolasepak mereka sendiri. Di Scotland ada Scottish Premier League, di Wales ada Welsh Premier League dan di Ireland Utara ada Northern Irish Premier League. Walaubagaimapun, liga bolasepak di wilayah lain tidak sepopular English Premier League.
Follow Instagram @kompasianacom juga Tiktok @kompasiana biar nggak ketinggalan event seru komunitas dan tips dapat cuan dari Kompasiana. Baca juga cerita inspiratif langsung dari smartphone kamu dengan bergabung di WhatsApp Channel Kompasiana di SINI