Mohon tunggu...
Syarbaini Siregar
Syarbaini Siregar Mohon Tunggu... Lainnya - Mahasiswa

Olahraga

Selanjutnya

Tutup

Ilmu Sosbud

Prinsip Etika Islam dalam Barang Niaga Kontrak Derivatif

24 Maret 2024   11:27 Diperbarui: 24 Maret 2024   12:31 29
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Ilmu Sosbud dan Agama. Sumber ilustrasi: PEXELS


PENDAHULUAN
 
Prinsip etika Islam adalah perkara yang sangat penting dalam komoditi kontrak derivatif yang menjadi isu dalam masyarakat kini. Etika dalam Islam sangat penting dalam perkara ini untuk pembangunan dan kebaikan individu amnya dan masyarakat Islam khusunya. Dari pandangan dunia Islam, etika adalah berkaitan dengan isu yang betul dan salah serta kod etika dalam pasaran untuk memastikan amalan dalam perniagaan komersial dengan betul dan menghindarkan daripada tindakan yang tidak beretika. 

Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalis tentang konsep etika Islam berkaitan hukum dan isu dalam komoditi kontrak derivatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tentang isu syariah dalam derivatif kontrak daripada sumber sekunder seperti jurnal, artikel, buku dan literasi berkaitan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat jenis derivatif kontrak dan lima isu syariah dalam kontrak derivatif yang dibincangkan.
 
JENIS KONTRAK DERIVATIF
 
Derivatif adalah instrumen kewangan ataupun kontrak yang dilakukan antara dua pihak atau lebih dalam urusan perdagangan produk kewangan yang nilainya didapati daripada aset pendasar lain. Perkara ini tertakluk kepada nilai aset pendasarnya contohnya seperti komoditi, saham, mata wang asing dan kadar faedah. Terdapat empat jenis kontrak derivatif yang biasa. Antaranya adalah seperti pasaran hadapan, akan datang, opsyen dan swap.
 
 
Kontrak Pasaran Hadapan
 
Transaksi kontrak pasaran hadapan(forward) adalah transaksi perniagaan yang dibuat pada suatu masa namun penyerahan barangan berlaku pada waktu yang akan datang.
 
Pasaran Akan Datang
 
Kontrak pasaran akan datang adalah kontrak standard dan didagangkan di bursa. Ia didefinisikan sebagai aktiviti jual beli beberapa kontrak atau perjanjian yang berdasarkan terma standard untuk tujuan memberikan komoditi atau aset kewangan di waktu yang akan datang (woelfel, 1995).
 
Opsyen
 
Kontrak opsyen merupakan kontrak yang terjaantara dua pihak di mana pembeli merupakan satu pihak yang membayar sejumlah nilai wang sebagai harga opsyen yang dikatakan juga sebagai premium kepada pihak yang lain.
 
Swap
 
Kontrak swap merupakan kontrak derivatif yang dilakukan antara dua pihak bagi mengubah aliran tunai pada masa hadapan.Antara kontrak swap yang popular yang didagangkan di kaunter adalah swap kadar faedah dan swap mata wang.
 
 
 
ISU DAN HUKUM DALAM KOMODITAS KONTRAK DERIVATIF
 
Perkembangan dalam komoditi derivatif kontrak dalam dunia sekarang yang terhasil melalui kerangka konvensional menerima respon dan komen yang pelbagai daripada para sarjana Islam kerana lahirnya beberapa isu dalam kontrak tersebut. Antara isu yang dibincangkan dalam kalangan para ilmuwan sehingga sekarang adalah isu yang melibatkan gharar, riba, perjudian, spekulasi dan tidak penuhi konsep mal dan bayaran premium.

Mohon tunggu...

Lihat Konten Ilmu Sosbud Selengkapnya
Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun