Mohon tunggu...
D Brainy Gal
D Brainy Gal Mohon Tunggu... -

Perempuan yang suka berfikir dan mengkritik. Kadang kala menyindir Pemimpin secara halus.

Selanjutnya

Tutup

Catatan

AirAsia Membohong Penumpang?

20 Juni 2012   02:31 Diperbarui: 25 Juni 2015   03:46 1213
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

Kelewatan penerbangan AirAsia yang berjam-jam disembunyikan sebab sebenar flight delay itu.  Mengikut pelayan Hikaru Café, banyak penerbangan AirAsia pada 19 Jun 2012 telah tertunda dengan serius.

Ini diceritakan oleh teman saya.

Pada 9.35 pagi, SMS dihantar kepada semua penumpang QZ7696 bahawa penerbangan ditunda dari 8.00 malam hingga 8.45 malam.

Urgent! AirAsia flight QZ7696 from CGK to KUL on 19 JUN 2012 is now rescheduled lated to 20:45hrs. For info please call 6221-29270999. ThankYou

Setibanya di tempat menunggu (boarding area) pada 8.15 malam, teman saya diberitahu ada masalah teknikal dan pesawat telah diterbangkan dari Surabaya ke Jakarta, dijangka mendarat pada 9.15 malam. Penumpang akan boarding pesawat pada 9.30 malam.

Pada 8.43 malam, menerima SMS bahawa penerbangan ditunda kepada 9.30 malam.

REVISE! YOUR AIRASIA FLIGHT QZ 7696 FROM CGK TO KUL  TODAY 19 JUNE 2012 IS NOW RESCHEDULED LATED TO 21:30 HRS. FOR MORE INFO PLEASE CALL 6221-29270999. THANK YOU

Sampai masa 9.20 malam, apabila didesak ramai penumpang, AirAsia membuat pengumuman pesawat gentian dari Surabaya dijangka mendarat pada 10.00 malam dan boarding 10.30 malam.

Apabila ditanya beberapa penumpang pada 10.15 malam, mereka diberitahu oleh kaunter boarding AirAsia bahawa pesawat dari Surabaya telah mendarat tetapi tiduk cukup air crew.  Dikatakan hanya ada satu orang air crew dan ada air crew yang kecelakaan semasa datang ke bandara.

Ini sama sekali tidak memasuk akal.  Karena jika penerbangan pada 8.45 malam, pasti air crew yang secukupnya sudah sampai 30 – 60 minit sebelum 8.45 malam.  Kalau pun ada yang kecelakaan jalan raya, pasti air crew pengganti sudah dipanggil bertugas.  Tak masuk akal jika pada 10.15 malam, masih nggak cukup air crew untuk penerbangan QZ7696.

Kemudiannya, pengumuman tentang kekurangan air crew yang menyebabkan mungkin boarding ditunda sehingga 11.00 malam.

Ada beberapa orang dengan tegas menegur staf AirAsia.  Akhirnya, diakui masalah sebenarnya.  DUA PESAWAT AIRASIA INDONESIA TELAH ROSAK.  INI MENYEBABKAN BANYAK SEKALI KELEWATAN PENERBANGAN PADA SELASA, 19 JUN 2012.

Sekarang sudah jam 11.10 malam, masih nggak ada berita baru.  Nggak ada pengumuman terbaru.  Tadi katanya, mau boarding pada jam 11.00 malam.

Status selepas penulisan di atas:

11.15 malam – Seorang penumpang yang kelihatan pintar banget menegur staf AirAsia tetapi staf menyatakan bahawa seorang Air Crew tengah parkir.  Desakan berterusan daripada penumpang pintar berpidato, akhirnya staf itu bersetuju boarding diadakan segera.

11.20 malam – Pengumuman boarding sekarang.

Semasa dalam bas menuju pesawat, ada seorang pesawat mempersoalkan:  Siapakah Air Crew yang begitu penting sehingga satu pesawat menunggu dia?  Jangan-jangan itu bukan Pramugari atau Pramugara.  Yang ditunggu-tungu begitu lama dari 10.00 malam hingga 11.20 malam adalah Pilot atau Co-Pilot?

11.30 malam – Di dalam pesawat AirAsia (QZ7696), pramugari mengumumkan bahawa kelewatan kerana ada satu pesawat yang mana mesin ditabrak burung pada pagi ini.  Karena itu, AirAsia perlu buat penggantian pesawat dan crew.

11.35 malam – Pintu pesawat ditutup.

11.49 malam – Pesawat take off (mula terbang).

29 Jun 2012, 1.25 pagi – Pesawat touch down (mendarat) di bandara.

1.35 pagi – Penumpang turun dari pesawat.

Persoalan saya kepada AirAsia dan Tony Fernandez:

1  Kenapakah sekiranya kekurangan pesawat telah diketahui pada awal pagi, mengapakah AirAsia tidak merancangkan semula semua jadual penerbangan?

2  Kenapakah sekiranya kekurangan pesawat telah diketahui pada awal pagi, mengapakah AirAsia Indonesia (QZ) tidak meminjam pesawat daripada saudaranya AirAsia Malaysia (AK)?

3  Kenapakah boleh terjadi perkara TIDAK CUKUP AIR CREW untuk penerbangan QZ 7696?

4  Kenapakah semua penumpang dibohongin AirAsia tentang sebab kelewatan yang sebenar?  (Berbagai alasan diberi satu demi satu.  Yang manakah yang benar???)

Mohon tunggu...

Lihat Catatan Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun