***
Senja membawa semua kisah seharian
agar malam menjadi taman tidur
bagi si perantau. agar tidurnya tak dicuri kenangan pahit.
dan laut
mematut semua
yang terpaut
membawanya diam,
tenggelam ke bilik bilik
paling dalam
yang akan diungkap kemudian
pada kisah baru selepas esok