Mohon tunggu...
Darvin Kandiah
Darvin Kandiah Mohon Tunggu... -

Selanjutnya

Tutup

Lyfe

Obesiti dalam Kalangan Remaja di Indonesia

6 Desember 2017   21:44 Diperbarui: 6 Desember 2017   22:14 688
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Gaya Hidup. Sumber ilustrasi: FREEPIK/Rawpixel

Obesiti merupakan masalah kesehatan pada seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam kata lain, obesiti ini adalah seseorang yang gemuk. Pada zaman era globalisasi ini, semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti. Kebanyakan remaja pada zaman sekarang kurang menjaga bentuk atau fizikal badan mereka. 

Fenomena ini terjadi kerana para remaja suka mengambil makanan segera yang tinggi dengan kalori dan lemak. Remora menganggap bahawa obesiti sebagai satu fenomena biasa dan tidak bahaya. Buktinya, Kementerian Kesehatan Republics Indonesia dalam kajiannya pada tahun 2016 melaporkan bahawa 30 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung pada tahun tersebut. 

Sepatutnya, setiap individu perlu berpegang teguh serta mengamalkan slogan "badan sihat, otak cerdas". Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja yang semakin mewabak pada era ini?

Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja yang semakin merebak pada zaman ini karena para remaja tidak mengamalkan amalan pemakanan seimbang seperti piramid makan. Pada zaman revolusi ini, terdapat banyak syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi seperti Mi Segara, Ayam segera dan lain-lain. 

Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian makanan segera seperti ini kerana mereka tidak ada masa untuk menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke tempat kerja untuk mencari rezeki untuk hidup. Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya. 

Senario ini dapat dibuktikan oleh para Ibu bapa remaja sendiri. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian. Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih sibuk untuk mencari duit karena uang yang di perlukan untuk tinggal di kota semakin hari semakin meningkat. Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.

Punca yang lain masalah kegemukan dalam kalangan remaja sekarang ialah mereka tidak bersukan dan beriadah. Hal ini terjadi karena mereka leka dengan dunia hiburan di depan kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat di luar. 

Remaja lebih gemari melakukan aktiviti yang langsung tidak menberi faedah seperti bermain video game di Komputer. Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak, merokok, merayau-rayau dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke sana dan ke sini seperti tidak mempunyai arah tujuan. Sikap ini memang tidak mendatangkan kesedaran kepada remaja untuk menjaga kesihatan diri. Pendek kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti di Indonesia.

Punca lain yang meyumbang kepada masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga adalah kerana sikap remaja itu sendiri. Sikap remaja yang tidak ada pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan. Bukan itu sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang risiko yang bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti. 

Mereka terlalu mengikut hawa nafsu. Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu dengan kreatif kepada masyarakat di kaca televisysen dan iklan di papan tanda. Cara ini telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang indah khabar daripada rupanya. Iklan iklan seperti ini harus dihentikan agar remaja tidak terpedaya kepada khabar yang indah di kaca televisyen.

Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa memberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran anak-anak mereka. 

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Lyfe Selengkapnya
Lihat Lyfe Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun