Mohon tunggu...
Johan Lamidin
Johan Lamidin Mohon Tunggu... Freelancer - Aktivis dan Jurnalis Freelance asal Pattani, Thailand

Aktivis dan Jurnalis Freelance asal Pattani, Thailand

Selanjutnya

Tutup

Kurma Pilihan

Pintu Gerbang Semarak Lebaran Idul Fitri di Patani, Thailand Selatan

25 Mei 2020   11:43 Diperbarui: 25 Mei 2020   11:49 2239
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Pemuda warga Melayu Patani, Thailand selatan semarak lebaran Idulfitri dengan busana Melayu di depan pintu gerbang Kampung/ foto: page Cinta Baju Melayu

Pintu Gerbang Melayu Menyambut Hari Raya di Patani

Lebaran tahun ini, sambutan yang hangat bagi warga Muslim di Thailand Selatan tampaknya meriah dengan mewujudnya pintu gerbang yang menghiasi laluan masuk ke kampung masing-masing.

'Patani' meliputi wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebagian daerah wilayah Songkhla, selatan Thailand, dengan beragam ada adat istiadat budaya melayu yang telah lama hadir secara turun temurun, di mana masyarakatnya sangat identik dengan agama Islam sejak zaman kerajaan Patani Darussalam, memiliki berbagai cara dalam menyemarakkan terakhir di bulan suci Ramadan dan Hari Raya Idulfitri.

Salah satu tradisi yang menjadi momen meriah membangun perpaduan dalam desa kampung adalah Mewujudkan Pintu Gerbang untuk menyambut Hari Raya ini.

Pintu Gerbang atau Pitu Gerbae (dialek Melayu Patani) merupakan lengkungan yang biasanya dibina pada majelis-majelis khas. Seperti mempunyai acara kampung Atau pada hari-hari penting seperti Hari Tahun Baru, Hari Raya. Kita melihat penduduk kampung di pelbagai komunitas pemuda aau persatuan kampung saling membantu Dan bergotongroyong membina lengkungan dari bahan yang tersedia di kawasan setempat mereka.

Pemuda kampung di provinsi Pattani, Thailand Selatan sedang membina sebuah gerbang Masjid di Malam lebaran Idulfitri (ist)
Pemuda kampung di provinsi Pattani, Thailand Selatan sedang membina sebuah gerbang Masjid di Malam lebaran Idulfitri (ist)
Pada tahun ini, pembinaan gerbang tersebut mungkin tidak kelihatan antusias dan ramai, mungkin disebabkan faktor seperti keadaan wabah COVID-19 serta arahan jam malam(curfew), Namun ada beberapa kampung yang melakukannya, walaupun waktu dan tempat terhad, mereka juga sanggup membina gerbang itu.

Wujudnya Gerbang tersebut mereka menunjukkan untuk menyatakan identiti Melayu, dianggap pembuatan gerbang tersebut telah menjadi budaya dan tradisi yang masih bertegak di tiga wilayah selatan atau Patani sepanjang dekade ini.

Pemudi warga Melayu Patani meriah berfoto di depan gerbang (is)
Pemudi warga Melayu Patani meriah berfoto di depan gerbang (is)
Sekarang penciptaan bentuk melengkung pintu gerbang ini telah menjadi lebih sengit dan kreatif. Terdapat perlumbaan yang indah antara setiap komuniti pemuda dan kampung. Juga pelbagai hiasan bergantung kepada idea-idea dan bahan-bahan yang boleh ditemui di setiap tempat.

Bahan-bahan tersebut terdiri daripada buluh, kelapa, kayu lapis, pelbagai akar, zink, sekerap besi, kayu gergaji, bahan dari laut atau gunung, hingga sampah plastik dan sebagainya. Seperti disebar gambar dari Halaman Facebook 'Persatuan Pemuda Patani' mempunyai koleksi kegiatan dan tradisi menyambut Hari Raya bagi warga Muslin Melayu di setiap tempat.

Bagi masyarakat Muslim Melayu Patani, kita akan melihatnya Terdapat sejenis bunga yang digunakan untuk menghiasi gerbang hampir untuk menjadi elemen penting.

Bunga tersebut adalah "Bunga Raya" tampilnya mungkin sama ada lukisan, lukisan bunga sebenar, atau pun tanda vinil Kerana bunga Raya ini merupakan simbol bagi orang-orang Melayu di rantau Semenanjung Melayu.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Kurma Selengkapnya
Lihat Kurma Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun